BLOGGER TEMPLATES AND MyYearBook Layouts »

Wednesday, June 22, 2011

Adakah Jozan Akan Merangkul Gelaran Maharaja Lawak

Minggu ini akan berlangsungnya siaran final Maharaja Lawak yang menyaksikan kumpulan Jozan, Jambu, Sepah & Nabil berentap di atas pentas demi merebut gelaran Maharaja Lawak. Dan selepas itu, mungkin ramai yang akan tamatkan pakej Astro Warna kerana didorong dengan kenaikan caj bulanan hihihihi

Berdasarkan persembahan minggu lepas, Jozan pukul habis dengan lawak bersama Linda Onn dalam tugasan yg ke2. Manakala, Sepah memperkuatkan lagi brandingan dengan lawak Melayu asli, sarat dengan babak berunsur double meaning. Jambu, sudah dikenali dengan trademark ‘apa pun tak boleh’. I like jambu ............

Nabil sebagai peserta solo mungkin tiada kelebihan berbanding peserta berkumpulan, jadi kami rasa Nabil masih perlu menyusun strategi & membawa isu yang menarik

Berdasarkan kedudukan undian terkini, Jozan menduduki tempat pertama diikuti oleh Sepah, Nabil & Jambu. Debaran final Maharaja Lawak makin dirasa, dan menjadi tanggungjawab anda untuk menentukan siapakah yang layak menerima gelaran tersebut.
p/s: Jangan lupe yee undi .. hihihi tp... i xundi pown





0 comments:

Followers

Radio Karatku


Kisah Dongeng - Stacy Mp3
Mp3-Codes.com